SYARAT-SYARAT BAGI PERLINDUNGAN HAK INTELEK MENERUSI MYIPO

EH (Malaysia) - - Realiti -

1 PERLINDUNGAN HAK CIPTA:

Karya adalah bersifat asli. Karya tersebut telah direkodkan, ditulis atau dijadikan dalam bentuk bahan.

Penciptanya mestilah orang berkelayakan.

Karya dihasilkan di Malaysia atau penerbitan pertama berlaku di Malaysia.

2 PERLINDUNGAN PATEN

Pemohon boleh menfailkan pemohonan dalam tempoh 12 bulan walaupun rekacipta dihasilkan.

Akan mendapat hak perlindungan maksimum 20 tahun.

3 PERLINDUNGAN CAP DAGANGAN

Tempoh sah perlindungan maksima 10 tahun dan boleh diperbaharui bagi tempoh 10 tahun seterusnya.

Pembayaran sebanyak RM370.00 bagi satu permohonan.

Perlu ada penterjemahan bagi logo yang mempunyai perkataan selain perkataan roman.

Sertakan beberapa borang penting seperti TM5,salinan asal Surat Akuan Bersumpah,Borang 49/Borang D atau surat ahli kongsi.

4 PERLINDUNGAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN PERINDUSTRIAN

Pencipta asal berhak membuat permohonan dan ianya boleh dibuat secara individu atau atas nama syarikat.

Ejen yang berdaftar boleh dilantik bagi membuat permohonan. Sekiranya alamat atau pejabat perniagaan di luar Malaysia, pemohon boleh melantik ejen yang berdaftar di bawah Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian.

Tempoh perlindungan selama 5 tahun berkuatkuasa dari tarikh pemfailan.

5 PERLINDUNGAN PETUNJUK GEOGARAFI

Ia terhad terhadap negara yang berdaftar. Jika ia didaftar di dalam Malaysia dan hanya berkuatkuasa dalam negara dan jika di luar negara perlu didaftar di negara berkenaan.

Tempoh perlindungan petunjuk Geografi adalah selama 10 tahun dari tarikh pemfailan.

Tidak boleh didaftar secara pemilikan persendirian kerana ia berkonsep pemilikan bersama bagi pengeluar yang menjalankan aktiviti dalam kawasan geografi.

Hanya boleh digunapakai bagi barangan keluaran semulajadi, hasil kraftangan dan makanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.