# THROWBACK

EH (Malaysia) - - Jurnal -

4 FEBRUARI 1977

Fleetwood Mac melancarkan album Rumours yang dijual melebihi 40 juta unit di seluruh dunia menjadikan ia salah satu album paling laku dalam sejarah.

19 FEBRUARI 1980

Penyanyi kumpulan rock ACDC, Bon Scott meninggaldunia pada usia 33 tahun akibat keracunan alkohol mendadak. Popularitinya melonjak selepas pelancaran trak Highway to Hell.

1 FEBRUARI 1984

Filem muzikal Footloose dibintangi oleh Kevin Bacon, Lori Singer, Dianne Wiest serta John Lithgow ditayangkan di Amerika Syarikat. Runut bunyi filem ini dinobatkan untuk kategori Best Music (Original Song) di Anugerah Akademi 1985.

11 FEBRUARI 2000

Filem The Beach dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Tilda Swinton ditayangkan pada hari ini. Filem ini dirakam kan di Pulau Koh Phi Phi, Thailand.

8 FEBRUARI 2004 OutKast menjadi artis hip hop pertama yang memenangi kategori Album Terbaik di Anugerah Grammy 2004 melalui album Speakerboxxx/The Love Below.

29 FEBRUARI 2008

Filem The Other Boleyn Girl ditayangkan di Amerika Syarikat yang dibintangi oleh Natalie Portman, Scarlett Johansson, Eric Bana, Jim Strugess serta Eddie Redmayne.

8 FEBRUARI 2009

Blink-182 mengumumkan bahawa mereka akan kembali untuk jerayawara dan album baru setelah mendiamkan diri selama empat tahun. Pengumuman ini juga diadakan empat bulan selepas kemalangan kapal terbang yang hampir meragut nyawa, Travis Barker, pemain drum.

4 FEBRUARI 2012

Adele menjadi penyanyi wanita British pertama yang mempunyai tiga lagu nombor satu daripada album yang sama di carta Billboard Hot 100 . Lagu-lagu tersebut adalah ‘Set Fire to the Rain’. ‘Rolling in the Deep’ dan ‘Someone Like You’daripada album 21.

2 FEBRUARI 2014

Pelakon Philip Seymour Hoffman meninggal dunia akibat pengambilan dadah berlebihan pada usia 46 tahun di New York City. Sepanjang kariernya, dia membintangi lebih 50 filem termasuk ‘Capote’, ‘The Big Lebowski’ serta ‘The Hunger Games’.

12 FEBRUARI 2016

Zoolander 2 yang dibintangi Ben Stiller dan Owen Wilson ditayangkan di Amerika Syarikat. Ia dikritik teruk dan dinobatkan untuk Anugerah Golden Rapsberry bagi kategori Filem Paling Teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.