Terus proaktif membina legasi di dalam industri pembuatan aksesori. Genap lapan tahun berkecimpung, Bremen Wong kembali bersama ilham lebih kreatif dan multifungsi.

EH (Malaysia) - - Profil Fesyen -

Saya sedang giat membikin koleksi terbaru untuk Bremen Wong RTW. Tahun ini, saya lebih fokus kepada konsep wearable serta minimalis. Rekaannya pula masih mengekalkan ilham signature saya yakni sculpture. Konsep ini saya ingin perkenalkan kepada peminat fesyen tanah air akan uniknya aksesori jenis arca. Tanah liat dan bahan signature Bremen Wong iaitu akrilik.

Saya menjual karya seni seperti arca ini pasaran di sini masih lagi kurang mendapat perhatian. Itu merupakan cabaran utama saya namun ia tidak sekalipun mematahkan semangat saya malah saya sahut cabaran ini sebagai satu medium untuk mengimbangi antara rekaan bersifat komersial dan karya seni. Setiap yang dihasilkan adalah asli dan mengikut idea saya dan tidak pernah mengikut trend semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.