Melihat pada perbezaan usia anda, bagaimana pula dengan pandangan orang lain tentang perhubungan ini terutamanya oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat?

EH (Malaysia) - - Realiti -

Bagaimana anda berdua bertemu dan apa yang membuatkan anda tertarik pada si dia?

Saya bekerja sebagai pereka dalaman manakala dia pula bekerja dalam sektor gas dan minyak. 18 tahun lalu, dia adalah majikan saya namun saya tidak melapor padanya secara terus. Bagi saya dia seorang yang tenang dan beriman, Sebelum ini saya pernah berpacaran dengan beberapa lelaki namun ada seperti yang tidak kena. Dengan dia pula, Alhamdulillah, saya rasa dia ada rupa, pendidikan, agama dan beberapa lagi yang menarik perhatian saya. Ibu bapa saya tidak bersetuju kerana usia kami terlalu jauh berbeza. I did a lot of thinking after all I’m the one who want to get married. Dan saya tanya diri sendiri beratus kali, sama ada saya boleh gembira atau tidak kerana kita tidak boleh menipu diri sendiri. Memang perspektif orang ramai kebanyakannya negatif. Orang pandang pun lain macam, mungkin mereka ingin dia sugar daddy saya. Namun saya lebih gemar orang bertanggapan buruk sedangkan saya sebenarnya bahagia berbanding orang anggap hubungan baik namun merana dalam diam.

Pada pendapat anda, adakah perbezaan usia dalam hubungan memainkan peranan penting?

Ya dan tidak. Ya kerana kematangan banyak membuatkan perkara menjadi mudah, lebih tenang dan tidak cepat baran. Tidak pula pabila anda tahu jarak usia jauh, pengalaman pula berbeza, malah cara pembesaran, pendedahan malah jenaka pun jauh berbeza! Apapun semua benda dalam hidup pasti ada pro dan kontra. Hubungan kami masih boleh bertolak ansur, tiada isu besar pun.

Apakah persamaan antara anda berdua pabila bercerita tentang hubungan?

Orang nampak dia serius, lebih gemar bersendirian dan pendiam. Persamaan kami mungkin kami inginkan perkara yang sama dalam hidup dan hubungan kami menuju ke masa depan yang sama. Kami juga gemar mengembara dan kami meminati kereta.

Jika anda boleh mengubah perspektif orang lain tentang hubungan ini, apa yang anda ingin mereka tahu?

It’s not the age or the gap, but the person itself. Susah untuk ubah perspektif orang kerana mereka mempunyai pendapat sendiri. Jadi cara terbaik adalah untuk tidak mengambil berat pendapat mereka, hanya fikirkan kebahagian diri sendiri kerana di penghujung hari kebahagian anda lebih penting. Muda atau sebaya jika tidak bahagia tidak guna juga. Saya tidak bahagia sangat namun dibandingkan dengan orang lain, Alhamdulillah tiada untuk diadu. Saya rasa kami bertahan kerana kami dapat bertoleransi antara satu sama lain dan saya lihat kebaikan dalam dirinya. Kita semua pula bukannya sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.