Jika anda boleh mengubah perspektif orang lain tentang hubungan ini, apa yang anda ingin mereka tahu?

EH (Malaysia) - - Realiti -

Bagaimana anda berdua bertemu dan apa yang membuatkan anda tertarik pada si dia?

Kami bertemu di sebuah restoran terkenal di kota. Apa yang menarik tentangnya adalah senyumannya, cara dia membawa diri di sendiri di khalayak, keyakinannya dalam apa sahaja kebolehan yang dia ada serta dia juga Berjaya membuatkan saya rasa tenang dan selesa.

Melihat pada perbezaan usia anda, bagaimana pula dengan pandangan orang lain tentang perhubungan ini terutamanya oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat?

Dia lebih tua dari saya. Bapa dan teman-teman saya tidak bersetuju dengan hubungan kami namun saya tidak kisah dengan pendapat orang lain dan jika anda mencintai seseorang jadi perbezaan usia tidak harus menjadi halangan! Bagi saya, jika dua individu bahagia dalam hubungan ini jadi apa pendapat orang lain tidak penting. Tidak kira perbezaan usia 18 hingga 20 tahun sekalipun, apa yang penting adalah anda berdua sayang menyayangi antara satu sama lain.

Pada pendapat anda, adakah perbezaan usia dalam hubungan memainkan peranan penting?

Usia hanya nombor dan ia bukan ukuran persamaan dua invididu. Pabila anda jatuh cinta, anda bukan jatuh cinta terhadap usia, begitu juga dengan hubungan, anda bukan membina hubungan berdasarkan usia. Perbezaan usia kami berdua tidak menghalang kami menjalani kehidupan seperti biasa. Saya juga akan keluar bersamasama teman-temannya sama juga dia akan bergaul dengan teman-teman saya.

tentang hubungan?

Understanding. Emosi positif menjadi asas pada mana-mana hubungan kerana ia menolak emosi negatif yang cuba melaga-lagakan kami. Dalam hubungan, perbezaan usia 18 tahun tidak penting kerana anda sebenarnya hidup dalam generasi yang sama jadi perasaan dan pendapat juga sama. Jika anda mencintai seseorang, usia tidak penting bagi saya. Ia hanya satu perspeksi dalam minda, jika ia tidak mengganggu, usah fikirkan tentangnya. You only live once dan mencari pasangan yang anda benarbenar sayang dan terima anda seadanya bagi saya lebih sukar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.