BELUM SEDIA ATAU FOBIA KOMITMEN?

EH (Malaysia) - - Sepintas - Khairul Abidin PENGARANG majalaheh@ bluinc. com. my

“Itak ready untuk sebarang komitmen,” kata kawan pejabat saya. “Bukan dah sedia atau tak, sebenarnya you tak jumpa orang yang boleh buat you bersedia. Kalau fikir soal sedia, kita sendiri pun tak boleh tahu bila kita sedia atau tidak. Bila dah jumpa orang yang kita suka, tak bersedia pun kita boleh usaha untuk sediakan diri,” balas saya.

Tidak kiralah soal nak bercinta atau nak naik pelamin, bila kita sudah suka semuanya boleh diusahakan. Sebab itulah ramai saja orang lelaki atau perempuan yang jika dilihat dari zahirnya serba-serbi cukup untuk berkahwin (kerja bagus, rupa ada), tapi ramai lebih senang hidung bebas komitmen kerana belum bertemu dengan orang yang tepat. Ada orang menjauhi komitmen kerana mereka tahu bila mereka ‘terjerat’ mereka takkan berundur. They know that when they fall, they fall hard and so they want to do it right, when they choose to do it.

Hari ini memang ramai yang fobia dengan komitmen. Ada yang awal-awal menjauhi komitmen kerana mereka menganggap tidak akan ada happy ending dalam mana-mana perhubungan. Bagi mereka akan sampai masa mereka perlu meletakkan titik noktah, jadi mengapa perlu memulakan sesuatu yang mereka sudah tahu pengakhirannya? Ada juga yang bimbang kalau-kalau mereka akan bertemu dengan orang yang lebih baik. Mereka fikir bila sudah mengikat komitmen bermakna dah tak ada peluang untuk berkenalan dengan yang lain (ini alasan orang yang tak cukup satu sebenarnya... ha ha ha).

Lagi satu saya rasa orang mengelak komitmen kerana mereka takut hari-hari mereka menjadi mendatar dan bosan. Sparks dalam perhubungan menjadi pudar kerana sudah tiada lagi kejutan-kejutan seperti waktu proses mengurat dulu. Ya, bila sudah berada di zon selesa, ramai menjadi alpa.

Apa-apa pun alasan, harus diingat selalu, usahlah sesekali membina perhubungan hanya kerana tekanan sekeliling. Too many people get into relationships only because they think they’re supposed to, dan ada juga yang tidak pernah fikir apa yang mereka mahu sebenarnya.

Edisi EH! bulan ini dibikin khas untuk yang akan berkahwin, yang dah memasang angan-angan mahu berkahwin ataupun untuk yang suka apa saja yang berkaitan dengan perkahwinan. Jika dulu Datuk Rizalman Ibrahim pernah menjadi editor jemputan untuk edisi perkahwinan EH!, kali ini kami mengundang The Master of Wedding Couturier ini duduk di muka depan bersama-sama tiga perawan Ain Edruce, Daiyan Trisha dan Raysha Rizrose. Menariknya, sewaktu saya menulis nota ini saya mendapat kiriman mesej daripada Rizalman. “Bids, aku terjebak juga beli jaket Dior Homme tu, kau lah ni!”. Saya ketawa membalas mesejnya. Sewaktu penggambaran cover bulan ini, Rizalman memang love at first sight saat kami hulurkan jaket Dior Homme kepadanya. Bagaimana pula dengan kamu, siapa love at first sight kamu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.