EH! KAU MENJENTIK HATIKU

EH (Malaysia) - - SALAM - – ARRY RYLAND, TAMPIN

First of all, terima kasih kepada Pengarang, Khairul Abidin. Hanya dengan sebaris ayat, “belum sedia atau fobia komitmen?” membuatkan adrenalin ku berderau.

Benar, bersedia atau tidak hanya diri sendiri yang tahu jawapannya. Individu yang masih single seperti saya, akan berasa tertekan jika kerap memikirkannya. Umur yang semakin meningkat membuatkan ianya lagi bertambah stres.

Sampai satu masa ianya perlu dihadapi. Sehingga bila ingin lari dari komitmen kehidupan? Tidak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita ianya tidak dapat dielakkan.

Instagramnya sahaja mempunyai setengah juta follower. Saya adalah salah seorang daripadanya. Pereka yang amat saya kagumi iaitu Datuk Rizalman Ibrahim. Setiap kali melihat Dayang Nurfaizah berada di atas pentas besar, pasti semua mata akan tertumpu pada persalinan yang dipakainya. Tidak lain dan tidak bukan, nama Datuk Rizalman akan dikaitan. Hebat bukan? Saya juga suka melihat perspektif semangat Datuk Rizalman itu sendiri. Beliau umpama trendsetter di Malaysia. He got the brains and looks. He makes a lots of money with his creativity.

Sebenarnya banyak lagi yang menarik dalam EH! edisi April ini. Bagi saya sebuah majalah yang hebat tidak terletak pada kulitnya sahaja. EH! berjaya buktikan isi luar dan dalam yang sangat refreshing. EH! akan terus bertahta No.1 setiap bulan di tangan saya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.