MILIKI 3 ITEM EDISI TERHAD INI!

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Bagi si pengumpul edisi terhad ini antara item yang tidak boleh dilepaskan. Jadi EH! tampilkan tiga item koleksi eksklusif paling hangat musim ini!

CLARINS SHAPING FACIAL LIFT

20TH ANNIVERSARY RM385 Bersempena sambutan produk Shaping Facial Lift Serum yang ke-20 tahun ini, Clarins menghasilkan rekaan botol serum ini dengan lebih istimewa.

GHD SAHARAN GOLD COLLECTION

Earth Gold Styler & Pure Gold Styler RM890, Travel Hairdryer RM350, Saharan Gold Hairdryer RM690 Boleh didapati hanya di salon-salon terpilih! Ghd memperkenalkan koleksi kapsul emas ini khusus untuk rekaan koleksi musim Bunga/Panas 2018.

SEPHORA COLLECTION X BARBIE

Gedung kecantikan terkenal, Sephora kini melancarkan kolaborasi eksklusif Sephora Collection X Barbie. Set Ultra-Limited Edition ini boleh didapati secara eksklusif di Sephora.my Jun ini! Hadir dengan bungkusan yang cukup menarik, inspirasi Boom Box di era 80-an. Set ini menampilkan tiga produk solekan mata iaitu maskara, penggaris mata dan palet pembayang mata mini untuk look yang lebih stylish and fun!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.