TIP SOLEKAN MINIMUM

EH (Malaysia) - - BUAL CANTIK -

1 Kata Jurusolek Profesional Ummi Nasir, anda boleh cuba solekan minimalis ini rias bulu kening dengan teknik ‘feather’ kemudian tambahkan palitan dramatis maskara untuk mata lebih menyerlah. Sapuan bronzer untuk menambahkan definisi wajah serta kemaskan solekan anda dengan olesan rona terang seperti koral pada bibir!

2

Selain gincu pusam, anda boleh gayakan glos yang berwarna lebih terang. Selepas menjamah hidangan raya pun kesan warnanya akan kekal pada bibir. Dan yang lebih menarik ia tidak akan mengeringkan bibir seperti gincu pusam.

3

Jika anda lebih gemarkan pemakaian gincu, pilih gincu semi pusam atau moisture lipstick.

4

Untuk pemakaian maskara, jika boleh elakkan yang mengandungi fiber. Kerana efek maskara fiber ini, jika dipakai terlalu lama, akan terhasillah bulu-bulu fiber berguguran di bawah mata. Waterproof? Yes. But fiber, No.

5

Inginkan solekan mata berkabut? Semestinya boleh! Cuma terhadkan mainan ronarona neutral seperti coklat atau beige. Untuk highlight mata, sapukan sedikit shimmer rona bronze di bahagian tengah-tengah kelopak mata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.