TIP: ASAS MINIMUM

EH (Malaysia) - - BUAL CANTIK -

1 Sebelum menyapu bedak asas, hanya oleskan pelembap atau primer yang hadir dengan SPF. Jadi anda tidak perlukan sapuan krim tabir suria lain.

2

Pilih pelembap yang bersesuaian dengan kulit anda. Jika kulit kering penggunaan pelembap yang teksturnya lebih pekat adalah yang terbaik. Manakala kulit berminyak pula, gunakan tekstur gel atau serum sudah memadai.

3

Sapuan tinted moisturizer sudah mencukupi untuk mendapatkan kemasan yang glowing dan liputan minimum. Malah kebanyakan tinted moisturizer juga hadir dengan SPF yang tinggi.

4

Jika anda inginkan liputan yang lebih menyeluruh anda boleh oleskan sedikit penyamar noda pada bahagian yang inginkan liputan lebih.

5

Sentiasa pastikan pemilihan bedak asas yang berformulakan air, kerana jika anda biarkan seharian pun ia tidak menyebabkan pori-pori anda tersumbat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.