5tipRaya Bergemerlapan

MENGAYAKAN AKSESORI BERSAMA BAJU RAYA PILIHAN ANDA CAN BE TRICKY. EH! SENARAIKAN LIMA TIP BESAMA AKSESORI DARIPADA KOLEKSI MUSIM PANAS 2018 SWAROVSKI YANG BOLEH DICUBA!

EH (Malaysia) - - 101 ILHAM -

Buat koleksi musim panas 2018, Swaroski meneroka tema yang lebih menyerlah dan menarik perhatian dengan “Rainbow Paradise” yang semestinya akan mewarnai gaya raya anda tahun ini. Masih mengekalkan versatiliti pada setiap aksesori yang diketengahkan, kali ini batu-batu Swarovski diberi potongan dan susunan warna yang khusus mengikut tema dan palet warna.

1. KEKAL CHIC & SIMPLE

Jangan over accessorize gaya anda dengan padanan barangan perhiasan yang terlalu sarat. Cari keseimbangan gaya dengan memilih satu atau dua aksesori untuk gayakan, contohnya jika anda sudah menggayakan rantai bermotif, pemakaian anting-anting besar membuatkan penampilan terlalu sarat. Sebaiknya gayakan rantai sahaja untuk dijadikan fokus. i. Lisabel Necklace, RM549 ii. Lime Charms Necklace, RM699 iii. Line Flamingo Necklace, RM499

2. SERLAHKAN STLYE SPIRIT ANDA

Setiap wanita pasti ada tema gaya yang dekat bersama personalitinya, tidak kira buat anda yang gemar sesuatu big & bling, minimalis atau boho. Dengan mengayakan aksesori bertema ini anda bukan sahaja tampak selesa tetapi personaliti anda juga bakal terserlah dengan aksesori yang digayakan. iv. Last Summer Ring, RM399

3. EARRING GAME!

Terdapat beberapa cara mudah untuk anda mengayakan anting-anting, pertama jenis kecil atau small stud, ini adalah buat anda yang gemar sesuatu yang ringkas dan tidak terlalu menyerlah. Chandelier earring pula buat anda yang mahukan perhatian, mengayakan aksesori ini sahaja sudah cukup memberi impak yang elegan. Ketiga, Dainty drop earring, antinganting dalam saiz sederhana ini sesuai buat anda yang mahu menggayakan anting-anting yang statement lantas digandingkan bersama rantai yang sepadan. v. Lisabel Pierced Earring, RM479 vi. Last Summer Pierced Earring, RM499

4. STAIL KERONGSANG

Mungkin ada yang menyangka bahawa kerongsang tampak sedikit old-fashion untuk digayakan hari ini dan hanya popular dikalangan gadis berhijab, tetapi tidak! Kerongsang adalah satu aksesori yang paling versatil! Contohnya jika anda rasa baju raya anda sedikit polos dan kurang perincian, memadankan kerongsang dalam padanan ringkas bakal memberi impak yang lebih berkilau! vii. Lime Tack Pin Set, RM899

5. STACK IT UP!

Buat anda yang gemarkan sesuatu yang dempak, anda pastinya menyenangi tip ini. Kami percaya bahaya anda mencari sesuatu yang ekstra menjelang hari raya. Jadi untuk tampak sederhana tetapi tetap menampilkan sesuatu yang ekstra, gayakan dua atau tiga gelang tangan bersama jam tangan, ia bukan sahaja melahirkan gaya yang istimewa tetapi karakter yang lebih eksklusif! viii. Cosmic Rock Watch, RM1,890

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.