INSPIRASI NEGARA MATAHARI TERBIT

EH (Malaysia) - - BERITA FESYEN -

Kembara gaya Jovian Mandagie untuk musim perayaan tahun ini menyelami budaya timur melalui koleksi Edo yang menceduk inspirasi dari Jepun. Motif ikonik Jepun seperti ombak Hokusai, ombak Seigaiha, Cranes, Asanoha, Shippou dan Kiku yang merupakan bunga kekwa juga sakura dijadikan asas rekaan oleh pereka dengan kombinasi perincian simpul reben, lengan flare, peplum struktur dan asen tambahan seperti sekuin dan tali pinggang Obi. Koleksi yang menawarkan 29 rekaan ini boleh didapati secara eksklusif di Zalora.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.