HILTON KL RAMADAN

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Sepanjang bulan Ramadan ini, Vasco’s di Hilton Kuala Lumpur menawarkan lebih 200 hidangan berbuka puasa daripada 11 negeri di seluruh Malaysia. Bertemakan Kenduri-Kendara, restoran ini menawarkan bukan sahaja hidangan sigantur lazat yang digemari oleh pengunjung tempatan dan luar negara, malah Vasco’s turut menawarkan lokasi berbuka yang nyaman ‘al fresco’ urban. Antara hidangan yang disajikan termasuk gulai daging dari Perlis, murtabak raja dan pasemboq boria Padang Kota dari Pulau Pinang, ayam masak lemak rebung joget Selangor, ikan patin sungai tempoyak Gurindam dari Pahang serta banyak lagi. Harga yang ditawarkan pada 17 Mei hingga 17 Jun adalah RM188 nett (dewasa) dan RM100 nett (kanak-kanak) manakala pada 13 hingga 17 Jun pula harga bermula RM100 net (tempahan harus dilakukan dalam talian melalui TABLEAPP. com dengan bayaran penuh).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.