DYSON

‘BERSIHKAN’ UDARA DI RUMAH

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Dyson melangkah setapak ke hadapan lagi pabila memperkenalkan kipas pembersih udara demi memastikan kebersihan udara di segenap ruang rumah. Dikenali sebagai Dyson Pure Cool™, ia dilengkapi sistem penapis 360 darjah yang digandingkan bersama penapis karbon untuk menyingkir gas. Ia turut mempunyai penapis Glass HEPA yang menangkap 99.95 peratus microscopic dan bahan pencemar sekecil-kecil 0.1 microns.

Kata Paul Dwason, Naib Presiden Dyson Health & Beauty, “kami di Dyson membangunkan mesin untuk gaya hidup di rumah sebenar, mencipta teknologi yang berkesan sewaktu uji kaji di makmal dan paling penting berkesan pabila digunakan dalam kehidupan sebenar. Membersihkan udara di rumah bukan hanya memerlukan penapis semata, ia perlu dilengkapi dengan pengesan pencemaran automatik, pemerangkap gas dan juga partikel kecil.”

Dyson Pure Cool™ juga dilengkapi dengan aplikasi untuk iOS dan Android, yang mana aplikasi ini membolehkan kita mengesan paras pencemaran dan kelembapan udara. Ia juga boleh dijadikan panduan untuk mengetahui berapa lama penapis tersebut boleh digunakan. Dyson Pure Cool™ Desktop purifying fan (DP04) – RM2,399, dan Dyson Pure

Cool™ Tower purifying fan

(TP04)- RM2,999.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.