EPISOD MOOD DALAM GANGGUAN BIPOLAR II

EH (Malaysia) - - REALITI -

Gangguan Bipolar II dikategorikan dalam beberapa kondisi mood yang digelar ‘Episod’. Klasifikasi mood atau episod ini bakal mengganggu gaya hidup harian pesakit jika tidak mendapat rawatan yang tepat. Setiap episod ini mampu bertahan berminggu minggu mengkiut kondisi pesakit.

MANIA

– Mood yang sangat tinggi yang mana pesakit berasa amat gembira, gemar bercakap banyak, sukar tidur, mudah marah, berfikiran cepat dan tidak mahu nampak lemah atau kalah.

HYPOMANIA

– Sama seperti Mania tetapi tidak keterlaluan, mood ini memberi karakter tenaga yang tinggi, merasa lebih kreatif dan bahagia, mungkin kurang tidur, menjadi lebih aktif dari biasa, mudah merasa sesuatu perkara itu menjengkelkan (cepat terasa) dan gemar mengambil risiko

DEPRESSION

– Memiliki mood rendah, cepat rasa sedih dan putus asa. Pesakit akan gemar menjauhkan diri dari orang lain, cepat rasa penat, tidah rasa dihargai dan ada potensi untuk membunuh diri.

MIXED MOOD – Merupakan gabungan buat dua episod mood Depression dan Mania. Mood pesakit bertukar dengan cepat dan ekstrem pada masa yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.