VERMICELLI OLIO TOMYAM

EH (Malaysia) - - SELERA -

Vermicelli bahan-bahan: 350 pasta gram Bawang putih 6 ulas Bawang belanda (saiz besar) ½ biji Cili padi 5 biji (potong ikut rasa) Tomato (saiz sederhana) 2 biji (dipotong dadu) Pes tomyam 2 sudu besar Daun limau purut 3 tangkai Serai 1 tangkai (ditumbuk) Minyak zaitun 5 sudu besar Udang 6-7 ekor (dikupas kulit) Sotong 2 ekor (dipotong) Ayam (bahagian dada) 200 gram (dipotong dadu) Garam 1 sudu teh Gula halus 1 sudu besar

cara-cara:

Cincang bawang putih, bawang belanda sehinga halus dan tumis pada api perlahan. Kemudian masukkan cili padi, serai dan daun limau purut, tumis sehingga naik aromanya. Kemudian masukan pes tomyam. Di dalam kuali berasingan rebus vermicelli pasta bersama sedikit minyak zaitun dan garam. Masukkan ayam, udang dan sotong ke dalam tumisan tadi dan panaskan sehingga masak. Setelah selesai masukkan tomato dan tumis selama 5-8minit sebelum memasukkan Vermicelli pasta yang sudah siap dimasak dan ditoskan ke dalam kuali. Tambah sedikit garam dan gula mengikut cita rasa anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.