CHERYL FAVES!

EH (Malaysia) - - BERITA CANTIK -

Siapa ikon cantik anda?

Oprah Winfrey!

Maksud cantik bagi anda?

Bagi saya maksud cantik ialah simple, asalkan seseorang itu berasa selesa dengan cara pemakaian dan personaliti yang hadir dengan senyuman yang manis dan ikhlas.

Kongsikan rutin penjagaan kulit wajah anda?

Ringkas dan mudah. Saya cuci wajah dengan pencuci wajah yang sesuai dengan kulit saya, kemudian semburkan moisturizer spray yang bertindak sebagai penyegar, oleskan krim mata, serum dan pelembap muka.

Kondisi kulit anda sekarang?

Saya memiliki kulit yang sensitif dan kering. Sekiranya saya memakai produk yang tidak sesuai kulit saya akan cepat naik kemerahan. Bila saya mencuba sesuatu produk yang baru, saya akan mencuba sedikit dahulu pada bahagian wajah kemudian biarkan untuk satu malam. Sekiranya pada keesokan harinya, tidak ada sebarang keradangan saya akan meneruskan penggunaan produk tersebut.

Kini rawatan laser menjadi pilihan orang ramai. Adakah anda percaya akan rawatan ini bagi mendapatkan kulit yang cantik?

Saya tidak akan mengatakan saya tidak percaya akan rawatan tersebut kerana saya mempunyai ramai kenalan yang melakukan rawatan laser dan hasilnya kulit wajah mereka kelihatan menawan. Saya tidak akan menghalang sesiapa yang ingin melakukannya dan sekiranya rawatan tersebut dapat membuatkan mereka rasa gembira, tidak salah untuk lakukannya.

Rutin solekan harian anda pula bagaimana?

Bagi setiap hari saya selesa dengan solekan yang sederhana dan tampak semula jadi. Saya menyapu tinted moisturizer, penyamar noda, bronzer, pemerah pipi, maskara dan melukis kening.

Solekan pilihan anda?

Saya suka akan solekan smokey eyes.

Bilakah kali pertama anda membeli alat solek?

Ketika saya berusia 16 tahun. Saya membeli gincu bibir jenama M.A.C. Warna coklat namanya Chelsea dengan kemasan pusam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.