KATA PAKAR:

EH (Malaysia) - - NOTA CANTIK -

“SELALUNYA

SAYA AKAN MENDAPATKAN RAWATAN PROFESIONAL IAITU RAWATAN LASER. IA DAPAT MENUTUP LIANG PORI DAN MENGEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT WAJAH SAYA. “

– DYNAS MOKHTAR

FENDI SANI, JURUSOLEK PROFESIONAL

Berpuasa dan berbuka puasa dengan memakan makanan yang betul sepanjang bulan Ramadan. Amalkan meminum air putih secukupnya di antara waktu selepas berbuka dan sahur. Selain itu, penjagaan kulit juga penting dalam puasa seperti pencuci wajah, penyegar, pelembap, krim tabir suria, serum dan krim malam. Sekiranya langkah ini dibuat dengan sempurna, baru wajah kelihatan berseri dan solekan akan tampak cantik pada wajah.

RAMBUT KERITING

• Sapukan losen atau serum rambut sewaktu rambut masih basah. Usah usik rambut yang masih basah. Elakkan untuk menyentuh rambut setelah ia kering bagi mengelakkan rambut menggerbang.

CKAY LIOW, PENDANDAN RAMBUT PROFESIONAL

Pastikan anda mencuci rambut dengan menggunakan deep cleansing shampoo supaya kesan semburan rambut, bau peluh dan bau makanan serta kotoran dapat dicuci dengan betul dan sebersihnya. Jangan lupa untuk menggunakan pelembut rambut. Paling penting sebelum melakukan sesuatu gaya atau mengeringkan rambut, sapukan heat protection serum terlebih dahulu. Ia melindungi rambut dari rosak dan rambut tampak berseri dan cantik.

RAMBUT IKAL

• Rambut berombak biasanya mudah dibentuk dan mengikut, jadi anda boleh mencuba pelbagai gaya. Bagi hari biasa apa kata anda cuba sapukan sedikit mousse sewaktu rambut masih lembap dan biarkan ia kering dan lihat bentuk rambut anda lebih volum.

RAMBUT LURUS

• Elakkan menyapu perapi rambut atau produk penggayaan rambut berlebihan kerana ia membuatkan rambut kelihatan berat dan flat.

RAMBUT BERWARNA

• Gunakan syampu dan perapi khas untuk rambut berwarna. Terdapat banyak pilihan bagi merawat rambut yang diwarnakan. Pilih yang tidak terlalu tinggi kandungan kimianya, seeloknya pilih yang berformulakan daripada bahan botani atau organik.

• Cuci rambut dengan air sejuk kerana ia akan membuatkan warna rambut kekal lama malah rambut akan jadi lebih lembut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.