#THROWBACK

EH (Malaysia) - - JURNAL -

7 JUN 1969

Brian Jones, pengasas dan ketua asal kumpulan rock, The Rolling Stone diminta untuk keluar daripada kumpulan tersebut setelah terjebak dengan masalah dadah yang menyebabkan persembahannya di studio mula merosot.

11 JUN 1979

Pelakon John Wayne meninggal dunia akibat kanser perut. Pemenang Anugerah Akademi untuk filem True Grit ini juga terkenal dengan beberapa watak koboi termasuk untuk filem Red River serta The Searchers.

20 JUN 1975

Filem Jaw yang diarah oleh Steven Spielberg berdasarkan novel oleh Peter Benchley ditayangkan pada hari ini. Sehingga sekarang, Jaws merupakan filem ke-7 paling laris sepanjang zaman di Kanada dan Amerika Syarikat.

7 JUN 1984

Tayangan Ghostbusters yang dibintangi oleh Bill Murray, Dan Aykroyd, serta Sigourney Weaver. Filem ini menerima kritikan positif dan mengaut keuntungan USD242 juta di Amerika Syarikat sahaja.

12 JUN 2003

Pelakon Gregory Peck meninggal dunia pada usia 87 tahun. Dia mentadbir sebagai Presiden Academy Motion Pictures Arts and Science paling lama iaitu pada 1969 hingga

1979 dan merupakan pengerusi dan pengasas American

Film Institute.

14 JUN 2003

Helen Mirren yang pernah memenangi Anugerah Akademi, Anugerah Tony, Anugerah Emmy serta Anugerah Golden Globe dilantik sebagai Dame Commander of the Order of the British Empire (DBE) untuk khidmatnya dalam drama oleh Queen Elizabeth II.

21 JUN 2003

Buku Harry Potter and the Order of the Phoenix oleh J.K. Rowling diterbitkan di United Kingdom. Dalam masa 24 jam, lima juta naskah terjual dan ia merupakan buku paling tebal dalam siri ini. Drama bersiri tentang sekumpulan samseng Itali-Amerika, The Sopranos menayangkan episod terakhir setelah bersiaran selama enam musim. The Sopranos pernah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Primetime Emmy dan Anugerah Golden Globe.

26 JUN 2005

Pink melamar teman lelakinya, Carey Hart dengan memegang papan tanda ‘Will You Marry Me?’ ketika Carey sedang berlumba di California. Pink turut menayangkan papan tanda lain tertulis ‘I’m Serious’. Carey menarik diri daripada perlumbaan untuk bersetuju dengan lamaran tersebut.

25 JUN 2014

Beyonce and Jay-Z memulakan konsert On The Run mereka di Miami, Florida. Konsert jelajah ini merupakan konsert paling menguntungkan dengan jumlah keseluruhan untung konsert bernilai USD109.7 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.