GANGGUAN EMOSI YANG BERPUNCA DARI KERJAYA DAN GAYA HIDUP Antara kes pesakit yang masih anda ingat sehingga ke hari ini? Berapa lama proses pemulihan ini dijalankan?

EH (Malaysia) - - REALITI -

Masalah emosi yang berpanjangan ini tidak boleh dipandang ringan, terutamanya buat anda yang sudah temui simptomsimptom awal. Pn. Nurhijjah Mat Zin juga turut menegaskan bahawa gangguan yang melibatkan emosi adalah antara masalah kesihatan serius, sama seperti masalahmasalah kesihatan yang lain.

Apakah puncanya?

Kebanyakan kes adalah dari gaya hidup dan minat yang merangsang emosi pesakit untuk jadi lebih serius, contohnya dari latar belakang politik, agama, kerja, gaya hidup dan banyak lagi. Pesakit akan berterusan bercakap tentang hal atau perkara yang sama tanpa henti, sehingga menjadi hiper dan aktif tentang sesuatu perkara dan boleh mengganggu waktu tidur. Ada juga dari tekanan di tempat kerja, terutamanya apabila mereka mahu mencapai sasaran yang telah ditetapkan tetapi gagal, tidak sabar dan tidak berjaya menyampaikan kerja yang ditugaskan. Ada satu peristiwa dimana seorang pesakit saya terjebak dengan masalah alkohol. Gangguan yang terlalu ekstrem membuatkan dia sukar untuk dikawal dan ketagihan pada alkohol menjadikan dia berada dalam khayalannya sendiri. Hal itu menimbulkan rasa untuk membunuh diri, pada satu hari dia menunggang motor dengan laju dan melanggar tiang lampu untuk cuba membunuh diri sendiri.

Apakah rawatan yang diberi kepada pesakit?

Untuk fasa awal selalunya kami akan berikan khidmat psikoterapi, bimbingan dan nasihat, bagi kondisi yang sudah tidak terkawal kami akan mula memberi ubatubatan mengikut tahap yang ditetapkan.

Apakah masalah yang sering dihadapi dalam merawat pesakit bipolar?

Rata-rata pesakit yang menghidap penyakit ini adalah dari golongan yang bekerjaya, dan mereka selalunya tidak mahu bergantung pada ubat. Ada yang sudah makan ubat dan berasa diri mereka sudah normal kemudian meninggalkan ubat-ubatan yang diberi. Mereka terlalu bebas tanpa dipantau dan tidak menyedari bahawa gangguan ini akan kembali pada bila-bila masa. Dalam hal ini kami biasanya akan menasihati mereka dan keluarga untuk memberi perhatian pada rutin pengambilan ubat, dan sekiranya ia masih tidak membantu kami akan hantar pesakit ke rumah penjagaan untuk proses pemulihan. Ia bergantung pada pesakit, jika gangguan yang dihadapi hanya sederhana ia boleh mengambil masa dua ke tiga bulan, bergantung kepada pesakit yang mahukan perubahan. Buat pesakit yang kritikal, aktif, dan emosi yang pantas berubah-ubah ia mengambil masa yang panjang, dalam dua ke tiga tahun, atau mungkin lebih. Ada juga pesakit yang sudah sihat dan normal tetapi kembali semula selepas setahun, ia bergantung pada apa yang mencetus gangguan emosi ini.

Apa nasihat yang diberi kepada mereka yang menyedari mulanya simptom awal?

Kalau anda rasa anda sudah memiliki simptom-simptom ini, buat janji temu dengan psikoterapi dengan segera. Kerana pada fasa awal ia lebih mudah untuk dibendung tanpa memerlukan ubat. Untuk tahu lebih lanjut anda boleh layari laman web www.mmha.org.my kami menyediakan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan berkenaan gangguan emosi dan penyakit mental, atau dapatkan sesi kaunseling di di sini dengan harga RM20 untuk satu sesi.

GOOD SUPPORT SYSTEM

Dalam menangani masalah ini, sokongan keluarga dan rakan terdekat amat penting. Setiap fasa yang dihadapi pesakit akan lebih berkurang dan lebih terkawal dengan adanya sokongan dari orang sekeliling. Jika kita menjauhkan diri dari pesakit, mereka akan hilang arah tuju biarpun dengan rawatan yang cukup. Kepada penjaga dan keluarga, kesabaran dan pergorbanan anda amat membantu pada pesakit, jangan pernah sesekali putus asa.

TEMUBUAL BERSAMA, PN. NURHIJJAH MAT ZIN PEGAWAI PEMULIHAN KESIHATAN MENTAL DARI MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.