FAKTA MENARIK JASON MORGAN

EH (Malaysia) - - DUNIA LELAKI -

Kempen Acqua Di Gio Absolu dihangatkan dengan kemunculan model terkenal Jason Morgan. Jika anda masih samar-samar tentang siapa jejaka ini, kami kongsikan sedikit butiran menarik tentangnya. • Minat Jason kepada dunia peragaan bermula pabila teman kolejnya menjadi model di agensi Ford Models. Melihatkan pendapatan mewah temannya itu, dia mencuba nasib. • Jason pernah bertugas sebagai seorang guru. • Membesar di Philadephia, karier Jason sebagai model bermula pada usia 22 tahun. • Selain kerana pendapatan yang tinggi, antara sebab Jason menyertai bidang peragaan kerana baginya itu salah satu cara untuk dia menetap di New York. Sejak kecil dia memasang impian untuk tinggal di kota besar itu. • Pada masa lapang dia meluangkan masa menonton Netflix dan Ray Donavan antara siri kegemarannya. • Model idolanya ialah David Gandy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.