NOTA CANTIK

Syawal Scents!

EH (Malaysia) - - SEPINTAS - FOTOGRAFI JASON LEE PENYELARAS & TEKS IZZATI SAADIN ARAHAN SENI ESTEE EREEZA

Sejak azalinya, wanita memang sedia kala menyemburkan satu wangian yang ringan (nota buah-buahan atau flora) di cuaca yang panas dan lembap. Manakala aroma yang lebih kuat menjadi pilihan kala kembara ke tempat-tempat sejuk. Bagi wanita yang mempunyai wangian signature pula akan memilih EDT disemburkan pada musim panas dan EDP waktu musim sejuk. Namun sekarang itu tidak lagi menjadi batasan kerana kini banyak rumahrumah wangian hadir dengan ilham mainan formula yang pelbagai. Apa yang segar dan apa pula yang lebih menusuk aromanya tidak diklasifikasikan dengan EDT atau EDP.

“SELALUNYA BILA WANGIAN SUDAH HABIS PASTI ADA SEDIKIT SISA YANG TIDAK BOLEH DISEMBURKAN. JADI SAYA AKAN BUKA KEPALA BOTOL WANGIAN TERSEBUT DAN TITISKAN PADA PAKAIAN ATAU DRESS. IA AKAN MEMBUATKAN DRESSING

ROOM SAYA HARUM SEMERBAK.” – SARAH JESSICA PARKER KETAHUI AROMA ANDA

Ya, saya tahu anda memang sudah mempunyai wangian kegemaran yang disembur setiap hari dan setiap musim. Namun tahukah anda badan anda memberi reaksi yang berbeza pada wangian mengikut suhu badan. Jadi apa yang anda semburkan di musim panas aromanya mungkin tidak sama jika disemburkan pada musim sejuk.

CARA MEMILIH WANGIAN

• Jangan mengadili wangian pada bauan pertama. Untuk ketahui aroma yang sebenar anda perlu biarkan dalam 10 minit barulah aromanya sampai ke ‘hati’ wangian tersebut. Ia adalah aroma yang akan melayang paling lama kata pakar pembuat haruman, Frederic Malle.

• Untuk aroma yang berpanjangan, pilih wangian yang berasaskan minyak. Elakkan yang jenis EDP, EDT atau alkohol. • “Mencari wangian tidak semestinya berdasarkan dari umur atau warna rambut anda, anda seharusnya jatuh cinta pada wangian anda dengan itu anda telah temui wangian yang tepat. Dan cara untuk mencari wangian adalah anda harus mencubanya pada kulit sendiri, kerana wangian pada kulit setiap orang adalah berbeza. Dan untuk mencari wangian yang tepat agak memakan masa, sesetengah wanita hanya dapat bau tiga jenis aroma maksimum, selebihnya mereka hanya dapat bau alkohol. Jadi selepas mencuba tiga wangian, cuba rehatkan deria bau anda selama 20 minit.” – Camille Goutal

ELAKKAN

1 Semburan wangian musky di musim panas kerana ia dipengaruhi suhu badan yang tinggi dan dicampur pula dengan udara yang lembap menyebabkan wangiannya menjadi tengik. 2

Di musim panas kulit akan sentiasa menjadi kering dan berpeluh, jadi ini menyebabkan wangian tidak akan tahan lama pada kulit. Apa yang anda perlu lakukan cuba lembapkan bahagian badan yang disembur wangian. Oleskan pelembap atau losen yang beraroma sama lantas wangian anda akan kekal segar sepanjang hari. 3 Menyembur wangian terus pada kulit atau baju. Kerana ini akan menyebabkan kesan pada fabrik. Apa yang anda patut lakukan adalah semburkan wangian anda di udara kemudian jalan ke arah semburan tersebut.

JANGKA HAYAT WANGIAN PADA CUACA PANAS

Benar, wangian juga akan rosak jika tidak dijaga dalam jangka masa yang lama. Contohnya seperti cahaya matahari, ia adalah musuh ketat wangian, walaupun anda suka melihat botol-botol wangian anda berkilau apabila disinari cahayanya. Seterusnya adalah haba, haba mampu menukar keadaan wangian anda lantas menghasilkan satu aroma yang berbeza. Namun wangian yang mempunyai nota asas yang lebih kuat seperti nota oriental, nota kayu kayan seperti patchouli dan vetiver ia akan menjadi lebih harum apabila disimpan lama. Wangian segar seperti nota-nota sitrus atau teh hijau tidak taham lama kerana aromanya lebih ringan jadi apabila disimpan lama dan terdedah pada udara dan matahari akan lebih terjejas aromanya.

9 8 6 7

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.