KENALI JENAMA

Beautifully Balanced

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Healthy Back Bag ternyata cukup unik mampu menampung berat dengan sangat efektif. Reka bentuk seperti teardrop dan asimetrik dikatakan cukup istimewa kerana membantu dalam mengurangkan kesakitan pada tulang belakang, leher dan bahu. Rekaan beg silang Healthy Back Bag merupakan kombinasi antara fesyen, gaya, keselesaan dan multifungsi. “I wanted a bag which looked good but also worked with my back rather than against it,” impian Margery sebelum melancarkan Healthy Back Bag. Dan sekitar awal tahun 90-an, tercetuslah sebuah idea mereka beg yang punya kombinasi unik antara selesa dan sihat. Melalui gabungan idea antara Margery dan Irwin Gaffin, pakar pembuatan barangan kulit tercetuslah beg berbentuk teardrop yang menyokong lengkungan tulang belakang.

Untuk musim panas 2018, Healthy Back Bag menampilkan pilihan menarik bagi koleksi saban musim selaras dengan ikutan warna trend semasa. Lebih versatil serta sesuai untuk digandingkan bersama persalinan kasual atau sewaktu mengembara.

HOT TROPICS

Ilham lebih kepada serapan tenaga positif nan sihat cukup misteri, penuh lasak dan magikal yang membawa kepada pilihan warna terang seperti jingga, merah jambu dan biru elektrik. Melalui koleksi ini, rekaan yang menjadi highlight yakni Mosaic Blue, Paradise Pink, Tangerine dan Pistachio.

INDUSTRIAL EVOLUTION

Melalui inspirasi lakaran asal permukaan rusty metals membawa kepada tema gabungan industrial dan natural. Pilihan warna lebih kepada neutral hingga ke rona gelap dan highlight koleksi ini Evergreen, Cranberry, Prebble Grey dan Stonewash.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.