IDEA & IDEAL

Raya Oh Raya!

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Apakah pendorong anda dalam fesyen?

Saya sukakan sesuatu yang berkaitan dengan seni. Contohnya lukisan, seni bina atau sesuatu perkara yang menggunakan tangan untuk mencipta seni. Saya lebih terdedah dengan ilmu fesyen sejak kecil dengan pengunaan mesin jahit dan pemilihan fabrik. Itu yang membuat saya kekal berada dalam bidang ini.

Apakah perkara yang buat anda tertarik dan nanti-nantikan untuk tahun ini?

Harapan saya membuat sesuatu yang bermanfaat untuk Malaysia Heritage Textile kerana saya dijemput untuk mewakili fesyen Muslimah di Fine Arts Museum of San Francisco yang akan berlangsung pada penghujung September 2018 hingga awal Januari

2019 di Frankfurt. Ia berkonsepkan pameran dan saya ingin ketengahkan keunikan fabrik tradisional kita dalam persalinan muslimah.

Apakah pengajaran terbesar pernah anda belajar sejak memulakan bisnes fesyen?

Jangan terburu-buru dalam membuat suatu perkara atau pekerjaan terutamanya jika kita tidak mampu untuk memberi komitmen 150 peratus. Sahut kesemua cabaran dan laksanakan dengan tenang.

Pernahkah anda berasa cemas sebelum bermulanya peragaan koleksi terbaru?

Tidak. Saya sentiasa berada dalam mood positif, tenang ketika di belakang pentas. Mungkin sebab teruja dengan barisan rekaan saya.

Apakah yang menarik mengenai koleksi raya anda untuk tahun ini?

Untuk tahun ini Melinda Looi Ready-To-Wear 2018 mengambil inspirasi daripada bunga pelikat yang mencetus kembali kenangan balik kampung di musim perayaan. Koleksi ini juga lebih fokus kepada budaya Melayu serba tradisional tetapi diinterprestasikan kepada siluet moden dalam gabungan rona terang.

Bagaimana anda membahagikan masa antara kerja dan keluarga?

Saya membawa anak ke tempat kerja kerana bagi saya mudah untuk mereka belajar dan bebas untuk mengetahui dunia kerjaya saya. Jika ada masa lapang, saya akan bawa mereka keluar ke restoran menarik, menonton filem di pawagam atau bawa mereka melancong. Ia tidak mudah tetapi menjadi tanggungjawab saya untuk meluangkan masa berkualiti bersama mereka.

Siapakah sumber inspirasi paling penting dalam dunia fesyen anda?

Bekas guru saya, Simonetta Mariano. Dia cukup terkenal sebagai pereka kostum di Hollywood dan Karl Lagerfeld memberi sumber inspirasi terhadap dunia fesyen, sangat jujur dan setia dengan apa yang dilakukan. Tidak lupa, ibu saya yang banyak mencurahkan ilmu dan gigih demi masa depan saya.

Apakah pendapat anda mengenai perkembangan media sosial juga penggunaan internet yang terlalu bebas dan tidak terkawal?

Bagi saya zaman sekarang ini semua golongan sudah pun terpengaruh dengan dunia digital hingga kita tidak boleh kawal kerana ia ibarat satu terapi hiburan bagi melepaskan tekanan. Memang ada baik dan buruknya. Tetapi di rumah saya tidak mempunyai Ipad, laptop atau TV kabel di rumah dan saya yakin anak saya tidak terdedah dengan pengaruh seperti ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.