YANG HANGAT GAYA HIDUP & HIBURAN

EH (Malaysia) - - SEPINTAS -

Penantian selama lapan tahun akhirnya bakal berakhir buat peminat kumpulan rock, Queen! Filem Bohemian Rhapsody yang mengisahkan tentang kumpulan ini dengan fokus terhadap kehidupan penyanyi utama, Freddie Mercury bakal tiba di panggung wayang tempatan pada 1 November ini. Rami Malek (pemenang Anugerah Critics’ Choice Award dan Primetime Emmy Award for Outstanding Lead Actor in a Drama Series untuk watak Elliot Alderson dalam siri televisyen Mr. Robot) memegang watak utama sebagai Freddie Mercury manakala Gwilym Lee sebagai Brian May, Ben Hardy sebagai Roger Taylor serta Joseph Mazzello sebagai John Deacon. Filem ini turut menampilkan Lucy Boynton sebagai Mary Austin (teman rapat serta pemegang estet Freddie selepas kematiannya) serta Aaron McCusker (sebagai Jim Hutton, pasangan Freddie).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.