About Time

Apabila kita mulai sedar kulit bukan dalam keadaan yang baik, inilah masanya untuk merawatnya!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Pernah atau tidak setiap bulan anda punyai masalah kulit berbeza-beza? Jika bulan lepas masalahnya lebih kepada penghidratan, bulan ini pula naik pula jerawat hormon atau pori-pori tersumbat. Dan bulan seterusnya tiba-tiba nampak parut jerawat kesan bulan sebelumnya itu! Ya, masalah kulit boleh menjadi-jadi jika ditunda proses merawatnya. Langkah yang patut diambil pergi saja ke spa rawatan kulit dan jalani rawatan apa yang sepatutnya pada waktu itu. Langsaikan dahulu masalah asas seperti kulit kering atau berminyak. Kemudian baru beralih ke yang lebih mainstream seperti rawatan laser.

RAWATAN SOTHYS VANILLA-PASSION FRUIT OXYGENATING MINERAL

Rawatan bermusim yang ditawarkan Sothys ini antara yang saya tidak mahu ketinggalan. Hanya untuk masa yang terhad, rawatan ini khusus untuk menyingkirkan toksin di dalam kulit dengan menyalurkan mineral dan khasiat Vanilla dan buah markisa. Jadi sesuai untuk kulit saya yang baru menjalani rawatan penghidratan dan kini masanya untuk membuang toksin. Ia juga berupaya untuk merangsang sistem pertahanan kulit agar kekal segar dan anjal! Proses rawatan Oxygenating ini termasuk 2-in-1 Mask Exfoliant, Oxy-mineral Radiance Treatment, Modelling Cream with Vanilla Extract dan Peel-off Mask with Passion Fruit Extract. RM189/sesi.

RAWATAN HYDRA FACIAL DI NAJWA MEDISPA

Saya menyambut undangan Najwa Medispa untuk mencuba salah satu rawatan khusus untuk memperbaiki keadaan kulit saya waktu itu. Dan terbukti apabila dianalisa oleh Pengurus Spa sendiri iaitu Cik Raihan, dia menjelaskan kulit saya sememangnya memerlukan rawatan penghidratan kulit. Dia turut membuat analisa penuh pada kulit saya termasuk bilangan pigmentasi dan kedutan pada wajah setelah dilihat menggunakan alat khas yang disediakan.

Rawatan ini bermula dengan proses mencuci dituruti dengan langkah pengelupasan dengan menyedut kotoran-kotoran yang terdapat di permukaan kulit. Kemudian kulit dilembapkan dengan pemakaian serum, pelembap dan pupur. Kemudian rawatan ini diakhiri dengan pencahayaan merah bagi mengunci semua khasiat produk yang dioleskan tadi dalam masa yang sama memperbaiki struktur sel kulit yang rosak. RM248/sesi.

SECRETS DE SOTHYS La Crème Premium Youth Cream & La Crème Eye and Lip Youth Cream

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.