Joy Jennifer Lawrence

Hampir dua dekad tanpa haruman terbaru, Parfums Christian Dior kini menghadiahkan JOY by DIor buat semua penggemar harumannya.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Direka pakar haruman Dior sendiri, Francois Demachy, Joy by Dior adalah khabar paling ‘harum’ daripada Dior selepas dua dekad sunyi tanpa haruman baru. Menurut Demachy, Joy adalah ekspresi kegembiraan yang jelas yang diterjemahkan menerusi aromanya yang segar dan ringan.

Saya menonton video Joy, dan saya tertarik dengan kata-kata Demachy dalam klip pendek itu. Katanya, “haruman ini untuk dirasai sendiri, tidak boleh diceritakan melalui kata-kata’. Pendek namun penuh makna. Joy pastinya satu kegembiraan buat wanita yang menyemburkannya dan tarikan istimewa buat lelaki yang terimbas baunya.

Joy by Dior boleh didapati pada harga RM292 (30ml), RM415 (50ml), RM589 (100ml) dan RM231 untuk Joy by Dior Body Milk.

SEJENAK BERSAMA JENNIFER LAWRENCE

EH! mendapat temubual eksklusif bersama aktres yang mendapat bayaran ketiga tertinggi di Hollywood ketika ini, berbicara tentang Dior, haruman juga sekelumit hal peribadi.

BAGAIMANA RASANYA MENJADI WAJAH WANGIAN BARU DIOR?

Hubungan saya dan Dior sangat akrab, pastinya saya teruja pabila diberikan peluang untuk menjadi wajah kempen ini. Selepas 20 tahun, inilah minyak wangi baru daripada mereka. Ia satu kempen bertaraf mega dan pastinya saya terharu juga bangga.

APA YANG KAMU SUKA TENTANG HARUMAN INI?

Saya suka kehalusan sebaik saya menyemburnya. Banyak haruman terlalu kuat baunya dan mengambil masa untuk baunya sebati. Tapi yang ini lembut dan sedap sebaik disembur. Nota bungabungaannya sangat feminin, seimbang dengan aroma cendana dan musk. Aromanya moden dan tidak terlalu manis.

ADA SEBARANG WAKTU ATAU ACARA TERTENTU YANG KAMU PILIH MENYEMBURKANNYA?

Ia sempurna disembur siang mahupun malam kerana bau bungaannya segar dan aroma musk pula berhembus sensual. Keseimbangan ini menjadikan ia pilihan terbaik sepanjang masa.

JOY DITUJUKAN UNTUK WANITA YANG MAHUKAN SISI FEMININ, YAKIN DAN KEKUATAN.”

BAGAIMANA PULA DENGAN BOTOLNYA?

Cantik! Ringkas dan moden juga punya unsur mewah seperti yang dilihat pada penutupnya yang berwarna perak. Cantik diletakkan di atas meja mekap dan pastinya ikonik.

WANITA YANG BAGAIMANA SESUAI MENYEMBUR JOY?

Haruman adalah ekspresi peribadi, jadi Joy ditujukan untuk wanita yang mahukan sisi feminin, yakin dan kekuatan.

APAKAH PERASAAN KAMU PADA KALI PERTAMA MELIHAT JOY?

Saya ke Paris tahun lalu dan waktu itu Francois Demachy sedang dalam proses memilih satu antara dua versi Joy. Dia minta saya mencuba kedua-duanya dan kami sama-sama sukakan Joy yang anda cium hari ini. Ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Pastinya gembira dapat menjadi sebahagian daripada projek ini.

APA MAKSUD ‘JOY’ PADA KAMU?

Joy adalah emosi yang setiap orang ada dalam diri mereka. Ia adalah rasa gembira yang tulen.

KAMU PUNYA CARA TERTENTU MENYEMBUR WANGIAN?

Saya akan semburkan ke udara dan berjalan di bawahnya.

APAKAH NOTA WANGIAN YANG KAMU SUKA?

Musk, bunga-bungaan dan sitrus.

KONGSIKAN MEMORI AWAL KAMU TENTANG HARUMAN?

Ibu saya pencinta Miss Dior. Itulah haruman pertama yang saya hidu dan sehingga sekarang ia terus memberikan memori indah kepada saya.

MONSIEUR DIOR MEREKA BAJU DAN HARUMAN UNTUK MENGGEMBIRAKAN WANITA. APA PULA YANG MEMBUATKAN KAMU GEMBIRA?

Anjing saya, Pippi, teman-teman dan juga membaca.

APAKAH NASIHAT TERBAIK TENTANG SOLEKAN YANG PERNAH KAMU TERIMA?

Jangan pakai penggaris mata biru.

APAKAH RUTIN CANTIK KAMU SEBELUM KE KARPET MERAH?

Biasanya saya akan meluangkan masa bersama temanteman. Kami mendengar muzik, melepak dan berseronok. Saya cuba untuk tidak terlalu stres.

BAGAIMANA KAMU MENJAGA BENTUK BADAN?

Saya berlari, melakukan pilates dan yoga. Saya tidak punya pelan makanan tapi saya cuba melatih diri mengambil makanan yang sihat.

BAGAIMANA KAMU MENGHILANGKAN STRES DAN MENYENDIRI?

Menonton tv adalah kegemaran saya.

KAMU PUNYA BUKU KEGEMARAN?

Buku kesukaan saya Anna Karenina. Saya sangka saya takkan mampu habiskan buku berhalaman 800 muka surat, tapi saya berjaya. Saya percaya sesiapa yang membacanya akan jatuh cinta dengan karakter dalam novel ini.

DI MANAKAH DESTINASI PERCUTIAN KESUKAAN KAMU?

Saya bertuah kerana kerjaya saya membuka peluang saya berkunjung ke serata dunia. Saya sukakan Paris, Budapest dan juga Itali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.