Mesti Cuba! Trend Kening & Garisan Mata Terkini!

Ketepikan solekan mata berkabut, kini alih fokus anda dengan riasan kening juga garisan mata untuk penampilan paling ‘in’ 2018.

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Dengan cuaca yang tidak menentu pada waktu sekarang, solekan ringkas dengan fokus pada kening dan garisan mata begini sesuai untuk digayakan. Dan anda tidak perlu rungsing akan solekan cair atau comot dek kerana cuaca terlalu panas atau terkena hujan.

Gaya Kening Dari Pentas Peragaan

Penggunaan garisan mata mampu membuatkan mata kelihatan seksi dan menawan. Ia juga boleh membuatkan mata kelihatan lebih sharp dan galak bagi sesiapa yang memiliki mata kecil. Walaupun solekan mata berkabut sering menjadi pilihan tetapi bagi musim luruh kali ini anda boleh menjadi lebih kreatif dalam bermain dengan solekan garisan mata. Tidak hanya menggunakan warna hitam sahaja, anda juga boleh menggunakan rona seperti coklat atau rona terang untuk tampilkan kelainan.

EH! cadangakan gaya era tahun 60-an. Lukiskan garis halus hanya pada garisan mata bawah. Biarkan kelopak mata atas bersih tanpa sebarang calitan garisan dan olesan pembayang mata. Selain itu garisan Flicks eyeliner atau cat eyeliner.

Solekan ini digayakan di pentas peragaan Coach, Philip Lim dan les Copains, Christian Dior, Calvin Luo.

IN2IT Sphere Waterproof Eyeliner Pen RM37.90

Penggaris mata ini kalis air, dakwanya cepat kering dan tahan sepanjang hari. Selain itu pen ini hadir dengan permukaan hujung bola yang unik dan mudah untuk menetapkan tanda garisan serta mudah untuk dilukis dengan kemas. Hadir dengan dua warna iaitu Dark

Brown dan Very Black. Riasan fokus kening kini menjdi trend hangat perlu anda cuba. Kening merupakan bahagian yang penting kala merias wajah. Kening adalah bingkai wajah. Terdapat beberapa trend kening yang boleh dicuba antaranya kening yang berstruktur, tebal dan kemas. Solekan kening memberikan elemen

androgynous vibe. Selain itu solekan kening bersepah akan memberikan rupa yang semula jadi pada wajah. Ia menjadi pilihan di pentas peragaan Alexander Wang dan Bibhu Mohapatra.

IN2IT Perfect Brow Eyebrow Liner Rm24.90

Memiliki tekstur yang lembut dan licin, pen ini mempunyai dua permukaan, satu bahagian untuk melukis dan mengisi celah bulu kening dengan mudah manakala bahagian satu lagi untuk mengadun dan mengemaskan warna dan bentuk kening. Ia mengandungi Vitamin E dan Bisabolol sebagai manfaat pada kulit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.