Prime Time

Selain melindungi kulit, banyak lagi kelebihan primer. Jadi EH! senaraikan trik penggunaan primer!

EH (Malaysia) - - CONTENTS - FOTOGRAFI LILIAN TAN TEKS, PENYELARAS IZZATI SAADIN ARAHAN SENI ESTEE EREEZA

UNTUK KULIT SELEMBUT BALDU

Sekarang sudah tentu anda cukup biasa dengan penggunaan primer bukan? Ia penting untuk menghasilkan solekan yang mulus dan sempurna, malah ia berupaya mengurangkan ketara cela wajah seperti garis-garis halus, poripori serta jerawat dengan meliputinya serta-merta. Primer hadir dalam pelbagai tekstur seperti gel, serum atau krim, pilih saja tekstur mana yang serasi dengan kondisi kulit anda.

TIP MENCARI PRIMER SERASI

Cuba setiap jenis primer sebelum membeli. Ia hadir dengan pelbagai tekstur dan warna. Dan jenis warnanya juga mempunyai kebaikan yang berbeza. Seperti ton merah jambu lembut sesuai untuk kulit kusam, hijau pula sesuai untuk kulit kemerahan dan ungu serasi untuk mencerah.

Bagi yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat, gunakan primer yang berunsurkan air dengan kandungan silika yang sedikit. Walaupun silika sebenarnya agen yang bertindak melitupi garis halus dan mengurangkan penampilan pori-pori namun silika juga mampu mengeringkan kulit.

Bagi anda yang mempunyai kulit berjerawat, gunakan primer yang berlabel ‘non-comedogenic”.

Less is more. Primer bukan seperti bedak asas. Lebih banyak anda sapu lebih liputan yang diberi. Hanya sedikit primer disapukan pada bahagian wajah yang tertentu sudah memadai.

FENDI SANI, JURUSOLEK PROFESIONAL

Primer yang bagus bukan saja dapat menghasilkan solekan yang tahan lama dan tampak sempurna. Namun juga yang berikan kebaikan kepada kulit. Primer yang tidak elok apabila ia menyebabkan pori-pori lagi tersumbat. Jadi perlu hati-hati memilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.