Khabar Terkini

Dari sesi rejim penjagaan kulit hinggalah sesi membuat gelang tangan dan tassel! Cukup meriah bengkel kecantikan yang bertempat di Hotel KL Journal ini!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

Bengkel yang dipenuhi 40 orang peserta ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta yang nampaknya cukup teruja untuk memulakan bengkel cantik EH! x The Face Shop ini. Sesi pertama bermula dengan rejim penjagaan kulit menggunakan rangkaian Yehwadam daripada The Face Shop. Peserta diterangkan cara terbaik untuk menggunakan produk-produk ini. Teknik yang betul dapat menghasilkan kulit yang sihat dan sempurna! Antara teknik yang diperkenalkan ialah Glass Skin. Ia adalah teknik yang melibatkan proses penghasilan kulit bak porselin. Rutin penjagaan kulit ala Korea ini sangat mementingkan efek yang dewy, cerah dan bebas pori.

Bengkel diteruskan dengan tip-tip berguna dalam solekan oleh Jurusolek Profesional, Cilibling. Antara alat solek yang digunakan adalah Ink Lasting Foundation dan Flat Lipstick. Setelah selesai demo solekan, peserta diberi kesempatan melakukan sendiri solekan mereka dengan bimbingan Cilibling. DIY rantai bermanik dan tassel oleh DIYKL disusuli selepas peserta selesai bersiap cantik dengan solekan The Face Shop. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang dimenangi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.