Kenali Tekstur Kening

Dipasaran kini terdapat pelbagai jenis teksur pensel kening. EH! kongsikan jenis tekstur dan keistimewaannya untuk anda cuba!

EH (Malaysia) - - CONTENTS -

EYEBROW COMPACT / KUSYEN

Memberikan hasil solekan yang lebih ringan dan semula jadi. Mudah diaplikasikan dengan menggunakan berus khas yang disertakan di dalam set kompak. Selain itu, ia mudah mengawal warna yang dilukis. Anda boleh memilih sama ada anda mahukan kening yang tebal atau lebih natural.

GEL KENING

Gel ini direka khas untuk mengeraskan bulu kening supaya tampak terletak. Sebelum atau selepas kening dilukis dengan kemas, beruskan dengan gel khas kening ini untuk memastikan ia kekal di tempatnya.

PENSEL KENING DENGAN BERUS

Bagi yang inginkan bentuk kening kelihatan semula jadi, pensel kening dengan berus di hujungnya dapat memberikan kesan lebih kemas dan tampak semula jadi.

PENSEL KENING 4 DALAM 1

Pensel kening ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Ia memiliki ton gelap, rona pelahan, penyerlah dan penyamar noda. Fungsi rona gelap dan pelahan untuk memberikan ilusi ombre pada kening. Manakala penyerlah adalah untuk menyerlahkan tulangkan bentuk kenining yang dilukis. Sementara penyamar noda untuk mengemaskan bentuk kening. Cuma pensel kening jenis ini tidak hadir dengan berus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.