YAYA ZAHIR

EH (Malaysia) - - EH TOP 20! -

TARIKH LAHIR 5 OGOS 1991 ASAL PETALING JAYA, SELANGOR PROFESION PENGACARA & WARTAWAN PENYIARAN

1. Instagram siapa yang anda suka scroll dan Instastory siapa yang anda selalu nantikan? Instagram, Chiara Ferragni dan instastory, Dua Lipa. 2. Miliki kulit cantik selamanya tapi hanya dapat makan sayur, ataupun kulit yang cepat berkedut tetapi boleh makan semua jenis makanan di dunia ini? Haha... of course kulit yang cepat berkedut dan boleh makan semua. Because I just love food very much. 3. Beg tangan mewah atau kasut mewah? Beg tangan kerana saya bukanlah orang yang pandai menjaga kasut.

4. Jika diberi pilihan untuk fasih berbahasa asing, apakah pilihan anda? Bahasa Korea dan Itali. 5. Percutian mewah tetapi dengan stranger atau kembara bajet dengan teman pilihan? Percutian bajet bersama kawan-kawan. I think the company makes the trip more memorable. 6. Satu perkataan yang sering anda sebut bila terkejut? Seriouslah!

7. Perkara terakhir yang anda lakukan sebelum tidur? Check my phone dan memakai eye mask. 8. Saya gembira bila... Saya makan nasi. Bak pepatah Melayu “takkan Melayu hilang di dunia”. 9. Apakah warna stoking yang anda suka pakai? I love all the coloured sock, and also patterned ones. 10. Anda akan cemburu jika bekas kekasih anda mempunyai teman wanita yang... Sangat cantik macam Kendall Jenner atau Kaia Gerber. 11. Rakan selebriti yang sering dirujuk untuk nasihat? Adriana Adnan, Syafawati Khairunnisa, Elfira Loy, Nabila Razali, Azira dan ramai lagi.

12. Siapakah celebrity crush anda? Zayn Malik.

13. Apakah perkara seorang wanita patut cuba sekali dalam seumur hidup mereka? Backpacking trip.

14. Apakah risiko paling besar pernah anda ambil dan ia berbaloi? Quitting my interior design job to persue my career as a TV Host. Worth every minute! 15. Jika anda dapat putar kembali masa, apakah satu perkara yang akan anda ubah dan lakukannya secara berbeza? Tiada. Saya bersyukur dengan apa yang sudahd an sedang berlaku. All the past made me who I am today and truly grateful. 16. Haruman Chanel yang melambangkan personaliti anda? Chance by Chanel has always been my favourite. 17. Apakah item pertama yang anda pilih setiap kali bersiap? Rebound Collagen infused complexion prep priming spray! 18. Bakat seni lain yang anda ingin miliki? Can I be a singer please? But my voice... unfortunately!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.