SHERRY AL-HADAD

EH (Malaysia) - - EH TOP 20! -

TARIKH LAHIR 17 NOVEMBER 1984 ASAL SELANGOR PROFESION PELAKON, PENGACARA

1. Instagram siapa yang anda suka scroll dan Instastory siapa yang anda selalu nantikan? @iamfahadibrahim, sebab saya suka tengok telatah budak kecil ini, sentiasa buat saya tersenyum sendiri.

2. Miliki kulit cantik selamanya tapi hanya dapat makan sayur, ataupun kulit yang cepat berkedut tetapi boleh makan semua jenis makanan di dunia ini? Biarkan kulit berkedut tetapi boleh makan apa sahaja yang saya inginkan, nom nom nom.

3. Pearl or diamond? Diamond is women

best friends, ader???

4. Jika anda diberi pilihan untuk fasih berbahasa asing, apakah pilihan anda? Thailand dan Spanish.

5. Satu perkataan yang sering anda sebut bila terkejut? Oh mak kau kawin lapan!

6. Perkara terakhir yang anda lakukan sebelum tidur? Cuba memaafkan siapa yang pernah buat dosa dengan saya dan minta maaf pada semua yang pernah saya buat salah, eching!

7. Saya gembira bila... Dapat makanan yang sedap!

8. Lagu guilty pleasure anda? If You Only

Knew by Gil Ofarim.

9. Lilin aromaterapi atau minyak aromaterapi? Minyak sebab boleh dioleskan di badan, feeling kan?

10. Anda akan cemburu jika bekas kekasih anda mempunyai teman wanita yang... Mempunyai aset yang banyak.

11. Rakan selebriti yang selalu boleh anda harapkan? Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Nadia Aqilah, Nad Zainal, Sharifah Sakinah... Eh ramai pula ek?

12. Rancangan TV yang anda ingin sertai? American Ninja Warrior, kau ada?

13. Siapakah celebrity crush anda? Jonathan Taylor Thomas.

14. Apakah risiko paling besar pernah anda ambil dan ia berbaloi? Menjadi selebriti. 15. Pilihan planet untuk anda diami selain bumi? Mars, kerana ia adalah simbolik planet lelaki, mesti ramai lelaki pilihan di sana.

16. Haruman Chanel yang melambangkan personaliti anda? Chanel Mademoiselle. 17. Item cantik yang mesti anda bawa di dalam beg tangan? Sikat rambut wajib ada!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.