COMEBACK PUNK-POP PRINCESS

EH (Malaysia) - - YANG HANGAT -

Setelah mendiamkan diri akibat penyakit lyme selama beberapa tahun, akhirnya Avril Lavigne muncul kembali di persada muzik dengan trak ‘Head Above Water’ yang bakal dimuatkan menerusi albumnya yang keenam. Lagu terbarunya ini diilhamkan oleh penyakitnya yang mana menurut Avril sendiri, dia berasakan bahawa dia akan meninggal dunia dan telah menerima hakikat yang dia akan pergi dan tidak dapat bergerak di atas katilnya sendiri. Sempena keluaran trak ini juga, Avril membentuk satu organisasi kebajikan ‘The Avril Lavigne Foundation’ yang fokus kepada membawa kesedaran terhadap penyakit Lyme. Kempen menjual kemeja-T turut diadakan dan hasil keuntungan akan diberikan kepada individu yang menghidap penyakit ini yang tidak mampu mendapat rawatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.