PRISMA WARNA

Warna pelengkap diri. Tiga rona trend terkini yang menjadi pilihan utama pereka terkenal bakal membuat anda melangkah dengan yakin.

EH (Malaysia) - - IDEA & IDEAL -

Roda rona terang melalui pentas fesyen 2018 semakin rancak mendominasi. Warna primary seperti merah, kuning dan biru terus memberi impak luar biasa. Namun, saya percaya ada sebahagian dari kita masih ragu-ragu bermain warna. Bolehkah warna-warna terang ini sesuai dengan ton kulit kita? Ada juga berpendapat warna sebegini terlalu ‘menjerit’ lebih-lebih lagi bagi yang sudah terlalu selesa menyarung helaian dalam ton monokrom. Suntikkan pembaharuan dalam gaya, tiba masa kita cuba padanan serba bold! Saya bariskan beberapa ilham bagaimana untuk anda gayakan sesuatu gaya mengikut tiga rona primary, berpandukan tubuh badan ideal anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.