RUANGAN PARTI INTERAKTIF

EH (Malaysia) - - JURNAL -

Party Room iaitu ruangan parti interaktif pertama di Malaysia dibuka baru-baru ini yang memperkenalkan pelbagai pengalaman permainan baru dan inovatif. Ia merupakan pusat sehenti bagi anda yang ingin mencuba 20 permainan unik dan menyeronokkan di dalam ruang yang berbeza sepert 3D Twister, Giant Jenga, Projection Game, L-Shape Pool Table, Human Whack-a-Mole, Blow Soccer serta Rainy Bike. Terletak di Atria Shopping Mall, Part Room merangkumi ruang sebanyak 6,500 kaki persegi yang mampu memuatkan sehinga 120 orang. Dengan kadar bayaran RM30 sejam bagi seorang individu, anda boleh mengadakan parti peribadi sendiri yang menempatkan pelbagai aktiviti menarik di bawah satu bumbung sahaja. Party Room juga dibuka untuk keluarga, mahupun kumpulan korporat untuk latihan dalam kumpulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.