VENOM

PENGARAH Ruben Fleischer LAKON LAYAR Jeff Pinkner, Scott Rosenberg & Kelly Marcel PELAKON Tom Hardy, Michelle Williams, Riz Ahmed, Scott Haze, Reid Scott

EH (Malaysia) - - LELAKI BULAN INI -

Muncul sekali lagi filem superhero berdasarkan komik Marvel yang mana kali ini ia agak kurang memberangsangkan, satu hasil yang boleh dikatakan mengejutkan terutamanya pabila filem ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Tom Hardy, Michelle Williams serta Riz Ahmed. Walaubagaimanapun, kritikan negatif ini tidak membantut minat orang ramai untuk menontonnya malah ketika artikel ini ditulis ia telah mengaut keuntungan USD215.1 juta dan berjaya memecah rekod sebagai filem paling laris untuk bulan Oktober.

Venom mengisahkan seorang wartawan, Eddie Brock (lakonan Tom Hardy)

yang mendapat kuasa luar biasa selepas terikat dengan mahkluk asing yang mana spesis ini cuba menakluki Bumi. Akibat kuasa luar biasa ini, dia membentuk satu alter ego dinamakan Venom. Bayangkan karakter seperti Dr. Jekyll dan Mr. Hyde, Tom menggunakan aksen Amerika bagi watak Eddie manakala sebagai Venom, suaranya lebih dalam dan menggerunkan. Tom Hardy pula terkenal di Hollywood sebagai method actor yang tidak mengecewakan namun filem ini gagal membangkitkan karisma yang dimiliki pelakon ini.

Lakonannya masih lagi mantap, itu tidak dapat dinafikan namun mungkin cara pengolahan pengarah

terhadap karakter ini membuatkan ia serba tidak kena. Malah, chemistry nya bersama Michelle William yang berperanan sebagai Annie, bekas tunangnya, seakan-akan tidak wujud langsung. Michelle seperti kaku dan langsung tidak memberangsangkan. Aksi yang ditonjolkan juga repetitive dan membosankan. Jenaka yang cuba ditonjolkan juga tidak kelakar. Mungkin jika filem ini cuba sudut slapstik seperti Deadpool, ia akan bawa satu perubahan berbeza namun dalam nada serius yang cuba dibawakan oleh pelakonpelakonnya, jalan cerita filem Venom sememangnya bermasalah dan tidak menarik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.