FUJIFILM GFX 50R

EH (Malaysia) - - FILEM & MUZIK -

Kamera digital tanpa cermin Fujifilm GFX 50R hadir dengan berat 775g iaitu 145g lebih ringan berbanding GFX 50S dan menampilkan sensor imej FUJIFILM G Format iaitu sensor imej 1.7 kali ganda 35mm bingkai penuh. Dengan rekaan penjulat pada kamera, ia membenarkan pengguna fokus kepada subjek dan pada masa yang sama melihat menerusi pemidang tilik menggunakan mata sebelah lagi. Sensor G Format juga lengkap dengan piksel penangkapan cahaya yang lebih baik berbanding kamera sebelum ini lantas menghasilkan imej berkualiti tinggi. GFX 50R juga lengkap dengan Focus Level yang membenarkan pembetulan titik fokus dengan pantas serta telah membuang butang-butang yang tidak diperlukan bagi memberikan ruang lebih untuk 'cengkaman' kamera lebih baik. Ia juga kalis debu dan mampu bertahan dalam suhu sehingga -10ºC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.