SAMSUNG GALAXY WATCH

EH (Malaysia) - - FILEM & MUZIK -

Peranti terkini Samsung Galaxy Watch hadir dengan jangka hayat bateri hingga

80 jam yang mana pengguna kini tidak lagi perlu mengecasnya setiap hari. Direka khas dengan mode kesihatan, Galaxy Watch menawarkan stress management tracker yang akan mengesan tekanan secara automatik dan menawarkan senaman bernafas agar anda lebih tenang dan fokus. Selain itu, ia hadir dengan sleep tracker yang mengawas semua tahap tidur termasuk kitaran REM, yang membantu pengguna melaraskan tabiat tidur dan mendapatkan rehat secukupnya. Selain itu, Galaxy Watch juga hadir dengan 39 senaman yang membantu anda untuk kekalkan gaya hidup aktif dan sihat. Hadir dalam dua saiz dan warna, 46mm rona Silver pada harga RM1,299 dan 42mm rona Midnight Black dan Rose Gold pada harga RM1,199.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.