Nilai Kreativiti

Glam Deko (Malaysia) - - Kata Pengarang -

Teringat ungkapan seorang teman, “Kreativiti tidak dapat diajarkan, namun ia boleh dikembangkan.” Edisi kali ini, bertemakan rekaan inovatif, GLAM Deko berkongsi kreativiti dan inovasi tiga pereka dengan produk ciptaan mereka. Gabungan fungsi, gaya dan sentuhan yang tersendiri menjadikan setiap satunya unik, menarik dan sarat fungsi. Masing- masing berpegang pada falsafah yang sama, cabang kreativiti yang tidak terhad untuk eksplorasi kreativiti maksimum.

Kreativiti tidak terhad hanya kepada pereka, begitu juga dengan dekorasi kediaman. Penggayaan ruang yang tidak terikat dengan satu- satu konsep juga sebenarnya mampu menterjemahkan sisi kreatif yang mengubah pandangan dan penampilan sesebuah ruang. Ruangan Kediaman kali ini menyingkap persembahan dekorasi pilihan arkitek, pereka dan juga pemilik kediaman dalam menata hias ruang mengikut karakter dan cita rasa masing- masing. Saksikan paparan penuh inspirasi di halaman 5591. Juga idea fashion up your spaces ( halaman 46- 53) untuk yang masih tercari- cari gaya yang menepati selera dan impian anda!

Saya percaya, definisi sebuah kediaman yang sempurna berbeza mengikut takrifan individu. Hanya apabila kita mendiami dan melakarkan keindahan mengikut rentak sendiri barulah nikmat ruang dapat dirasai dan dihayati sepenuhnya. Di mana dekorasi sepatutnya kelihatan seperti yang kita inginkan, berfungsi seperti apa yang kita perlukan, dan semestinya membuat kita rasa tenang saat mendiaminya. Selamat berdekorasi!

Gaya mewah lampu candelier untuk trend Ungu lavender palet pilihan menebar aura romantis

Arca seni unik antara seleksi galeri editor

Belakang tabir ilham : halaman 100

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.