ISU RUANG TERHAD

Glam Deko (Malaysia) - - Warkah -

team Sharifah Zaliha Subang Jaya

Lambakan majalah dekorasi di pasaran memberikan banyak pilihan kepada pengguna untuk memilih. Namun mendapatkan sebuah majalah yang benarbenar memenuhi cita rasa dan kehendak agak sukar. Terutama bagi pemilik kediaman terhad seperti saya. Dengan keluasan ruang yang tidak melebihi 1000 kaki persegi, adalah agak rumit bagi saya dalam dalam mendekorasi ruang kediaman. Saya ingin mencadangkan agar GLAM Deko dapat menyediakan ruangan tetap berkisar kediaman bertingkat, pilihan perabot, bajet dan aksesori yang bersesuaian. Terima kasih kerana GLAM Deko sentiasa menyediakan paparan kandungan yang berkualiti sebagai bahan rujukan terbaik!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.