KUALITI MEMBANGGAKAN

Glam Deko (Malaysia) - - Warkah -

Pertama kali tahniah buat team majalah GLAM Deko yang berjaya mengekalkan kualiti majalah setanding majalah luar negara. Melihat struktur majalah, bermula dari muka hadapan sehinggalah kandungan dan direktori, ternyata menepati cita rasa peminat dekorasi seperti saya. Pada pendapat saya, team majalah ini telah menonjolkan passion sepenuhnya dalam menerbitkan karya yang sarat kreativiti, informasi seiring inovasi terkini. Saya pasti dengan usaha yang berterusan majalah ini akan lebih dikenali dan mendapat pengiktirafan dalam industri dekorasi.

Adam Hazli Port Dickson, Negeri Sembilan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.