Gerobok Burung

Glam Deko (Malaysia) - - Trend -

Menceduk reka bentuk dan gaya penggunaan rumah burung, Marcantonio Raimondi Malerba mencipta gerobok berkaki, Palafitt. Gerobok yang boleh digunakan untuk menyimpan koleksi pinggan mangkuk atau apa sahaja aksesori lain, didatangkan dalam versi dua atau empat daun pintu. Palafitt untuk Seletti, ada di Gudang, BSC. Keindahan empat musim dunia dilakar indah menerusi teknik sulaman crossstitch untuk siri kerusi Embroidery. Direka oleh pereka Sweden, Johan Lindstèn, Embroidery diperbuat daripada kayu ash berbentuk ergonomik untuk duduk selesa bergaya. Siri Embroidery dibawah naungan Capellini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.