Edisi eksklusif

Hadir dalam kuantiti terhad dan setiap satunya merupakan pilihan pemilik jenama ini, Rizalman Ibrahim yang merupakan pereka fesyen tersohor tanah air

Glam Deko (Malaysia) - - Destinasi -

Buat penggemar hiasan dalaman tempatan, sememangnya nama Rizalman Ibrahim sudah mula meniti dibibir tatkala dia melebarkan sayapnya dengan pembukaan Glam Reka & Glam Casa yang banyak menghasilkan projek kediaman juga komersil. Kini dia mengembangkan lagi cabangnya dengaan pembukaan butik Ri Maison yang membawakan seleksi perabot dan aksesori kediaman dengan sentuhan peribadi olehnya. Mengekalkan estetik signatur pereka ini, anda boleh melihat kebijaksanaannya menggabungkan elemen berbeza seperti kemewahan kemilau emas bersama cetakan mempersona serta sedikit sentuhan minimalism menari- nari di ruang pamer ini. Yang Istimewa? Perabot dan aksesori yang dipamerkan hadir dalam unit terhad khususnya aneka perabot antik yang dibawa sendiri dari seluruh pelusuk kota ternama dunia dan dibaik pulih mengikut cita rasanya agar terlihat praktikal dan sedia dipakai. Tidak hanya perabot, rangkaian haruman kediaman di bawah jenamanya sendiri yang mula diusahakan sekitar dua tahun lalu kini boleh didapati di sini. Untuk lilin haruman, ia hadir dalam enam varian berbeza manakala untuk semburan pewangi kamar ia hadir dalam empat haruman untuk dipilih. Kesemuanya dihasilkan di Perancis. Di mana? Terletak bersebelahan butik pakaiannya di Lorong Padang Walter Garnier off Jalan Imbi, ia berada di belakang Hotel Parkroyal dan bertentangan pusat beli belah Starhill. Pastinya anda tidak akan terlepas ruang pamer ini kerana dari pinggir jalan anda dapat melihat keindahannya yang bagaikan butik indah di kota Paris.

Apa? DARI KIRI Rizalman di ruang pejabatnya. Salah satu penjuru dikhususkan buat item yang bermain rona putih dan biru. lilin haruman di bawah jenamanya sendiri. Turut tersedia di sini adalah ajnas candelier moden dan antik. Antara trunk menarik yang menghiasi Ri Maison.

Seleksi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.