Kombinasi Moden & Retro

Glam Deko (Malaysia) - - Promo -

Dengan konsep “where nostalgia meets urban chic”, The KL Journal merupakan hotel yang ideal buat pelancong moden yang ingin menikmati keseronokkan di ibu kota yang menghargai penginapan selesa. Salah satu tarikan utama The KL Journal adalah konsep hiasan dalaman berkonsepkan urban chic dengan sentuhan tempatan untuk bilik- bilik penginapan dan kemudahan di hotel ini. Tambahan pula, lokasi strategik di kawasan Bukit Bintang memberi kesenangan kepada pelancong untuk meneroka lokasi menarik di Kuala Lumpur seperti Petronas Twin Towers KLCC, Jalan Alor, Changkat, Pavilion dan banyak lagi.

The KL Journal juga menyediakan pelbagai jenis bilik penginapan yang dilengkapi dengan TV skrin rata, WiFi berkelajuan tinggi dan keperluan lain. Malah, hotel ini juga menempatkan ruang kerja dan studio yang unik untuk mengadakan mesyuarat ataupun majlis eksklusif di aras “Workers Union”. The KL Journal juga menawarkan pengalaman yang unik di The Bounty dan The Shack dengan hidangan menu tradisional dan antarabangsa. Menambahkan lagi sentuhan moden oleh The KL Journal adalah kolam renang infiniti yang terletak di bahagian atas bumbung hotel dengan pemandangan ibu kota yang mengagumkan. Keseluruhannya, The KL Journal merupakan hotel butik yang mampu memenuhi keperluan pelancongpelancong moden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.