WING YANG PRAKTIKAL

Glam Deko (Malaysia) - - Rekaan Hebat -

Hugo De Ruiter, pereka terkenal berasal dari Belanda menciptakan sebuah sofa yang hadir dengan pelbagai gaya dan multifungsi. Gaya hidup hari ini, disertakan saiz ruang kediaman yang semakin terhad menjadikan kepintaran sesuatu sofa mampu menyelesaikan beberapa isu yang sering kita hadapi. Saya akui untuk unit kondominum hari ini, sofa bukan hanya mempunyai fungsi sebagai tempat duduk malahan kadangkala ia mampu memenuhi fungsi sebagai katil atau tempat berbaring sama ada ketika menonton mahupun jika anda tetamu yang bermalam. Untuk itu keselesaan dan praktikaliti menjadi keutamaan dalam membuat pilihan. Anda boleh mengatur mengikut keselesaan dan kegunaan pada waktuwaktu tertentu juga bersesuaian ruang yang anda miliki.

PEGASUS

TIGRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.