PEGASUS GAYA TERSENDIRI

Glam Deko (Malaysia) - - Rekaan Hebat -

Untuk mereka yang mahukan sesuatu yang berkarakter sebagai titik fokal dekorasi ruang, inilah jawapan kepada pencarian anda. Rekaan yang tersendiri ini bagaikan memeluk sesiapa sahaja yang duduk di atasnya. Hadir dalam pelbagai variasi berbeza pastinya ada satu yang bisa menjadi pilihan ideal untuk pemiliknya. Sama ada berketinggian rata pada bahagian belakangnya, asimetri mahupun menaik, ia hadir dalam lima versi berbeza dalam tiga kemasan mengikut kesesuaian gaya anda. Kulit, fabrik dan fibermikro boleh disuai padan dalam kemasan yang serupa jika mahu bermain warna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.