Simbolik Gaya Baru

Glam Deko (Malaysia) - - Rekaan Hebat -

Buat menyempurnakan gaya hidup mewah, Dior mencipta satu lagi langkah ke hadapan dengan memperkenalkan seleksi produk kediaman di bawah rangkaian Dior HOME. Secara jujurnya saya sendiri teruja tatkala diberitahu secara informal oleh Pengurus Perhubungan Awam di Malaysia mengenai perkembangan ini. Jika anda sering berkunjung ke butik Dior di mana sahaja lokasi seluruh dunia, pasti akan dapat merasakan bagaikan berada di satu butik yang sama walaupun berbeza lokasi. Ini kerana mereka memilih untuk mengekalkan gaya estetika jenama secara berterusan.

Ketika jenama ini memulakan operasinya di 30 Avenue Montaigne, pereka yang merangkap pemilik jenama ini, Christian Dior telah mereka ruang khusus yang mempamerkan seleksi rangkaian kelengkapan kediaman. In merupakan ideanya untuk berkongsi mengenai cita rasanya dan penghargaan buat kesenian juga seni menjamu tetamu. Pelancaran rangkaian Dior HOME terbaru ini mengekalkan tahap kesenian tertinggi sebagaimana yang diterapkan oleh pereka ini tatkala menghias kediamannya yang terletak Paris, Milly- La- Foret, dan La Colle Noire di Provence.

Peter Marrino merupakan arkitek yang sering bekerja sama dam seni bina butik Dior turut diberi peluang berkarya apabila dia hadir dengan rangkaian aksesori kediaman tersendiri. Selain Peter, mereka turut menjemput beberapa pereka lain untuk bersama- sama mengilhamkan

PERINCIAN CANNAGE UNTUK SET PINGGAN MANGKUK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.