Inovasi Pembayaran Cukai

Glam Deko (Malaysia) - - Fokus -

Menyahut seruan kerajaan yang ingin meramaikan masyarakat tanpa tunai di Malaysia, LHDNM telah memperkenalkan bayaran cukai pendapatan menerusi perkhidmatan elektronik yang dikenali sebagai Byrhasil. Melalui Byrhasil, pembayar cukai boleh membayar cukai pendapatan mereka di https:// byrhasil. hasil. gov. my/ menerusi sistem pihak ke tiga iaitu Financial Process Exchange ( FPX). Menerusi FPX ini, pembayar cukai boleh membayar cukai pendapatan mereka terus dari akaun bank simpanan atau semasa yang berdaftar dengan FPX. Sistem ini dilengkapi dengan ciri- ciri keselamatan dan pensijilan serta dikawalselia oleh agensi di bawah Bank Negara Malaysia.

Secara keseluruhannya pembayaran cukai secara dalam talian telah merekodkan bayaran berjumlah RM 34.18 billion ataupun 25.57 % dari hasil keseluruhan kutipan yang dicatatkan oleh LHDNM pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM 133.694 billion seperti di Jadual 1. Pembayaran cukai pendapatan secara dalam talian merupakan satu kaedah yang sangat efisien memandangkan rakyat Malaysia kini gemar menggunakan perbankan dalam talian sebagai salah satu cara pembayaran efektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.