TAMAN ANGKASA

Glam Deko (Malaysia) - - Diari Deko -

Membuka pintunya 8 tahun lalu, Hotel Berthelot di Bucharest diperindahkan binaan teres luar berbumbung. Dilitupi struktur metal dan kaca, restoran ini mengalukan sinaran cahaya semula jadi semaksimum mungkin, sempurna tatkala menikmati sarapan pagi atau minum petang. 40 pasu bunga diperbuat daripada serbuk bersalut keluli digantung memenuhi struktur logam bumbung. Pendekatan organik melalui reka bentuk cecair di semua elemen dan kelengkapan dalaman memberi kontras serasi pada kepaduan struktur logam. Pabila malam, limpahan lampu- lampu DelightFULL menebar ambien elegan mewah makan malam. Alexandra Zabunov Henry selaku pereka dalaman projek ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.